Memaparkan catatan dengan label HEM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HEM. Papar semua catatan

Taklimat Pengoperasian Pembukaan Sekolah

Oktober 28, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Satu taklimat bersama ibubapa/penjaga dan guru-guru telah diadakan secara maya bagi memaklumkan tentang pengoperasian pembukaan sekolah. Taklimat ini disampaikan oleh Penolong HEM, Cikgu Azidi. 


🗓️Tarikh: 27 Oktober 2021

⏰Masa : 8.30 Malam

🔗Link Google Meet: https://meet.google.com/mek-cunr-qth








Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah SK Jalan Selangor (Satu)

Julai 15, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Setelah empat bulan murid-murid dicutikan akibat pandemik Covid-19, hari ini tanggal 15hb Julai 2020 sekolah telah pun dibuka semula dan murid-murid telah kembali ke sekolah dengan normal baharu.

Namun, murid-murid Tahun 5 & 6 sahaja yang mula bersekolah hari ini manakala murid-murid Tahun 1 hingga 4 akan memulakan sesi persekolahan baru pada 22hb Julai 2020. Di bawah merupakan garis panduan pembukaan semula sekolah SK JALAN SELANGOR (SATU) untuk rujukan dan panduan murid-murid.


Latihan Kebakaran

Mac 09, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu pertama bulan Mac dimulakan dengan program latihan kebakaran bersama pasukan bomba Petaling Jaya melibatkan murid-murid Tahap 1 & 2.

PROGRAM : LATIHAN KEBAKARAN
TARIKH : 5HB MAC 2020 (KHAMIS)
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SKJS(1)

Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid, guru-guru dan warga sekolah dengan pengetahuan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.

Latihan dimulakan dengan semua murid bergerak dengan pantas dan teratur mengikut kelas masing-masing ketika loceng kecemasan dibunyikan dan berkumpul di padang sekolah. Selepas itu, pasukan bomba menunjukkan cara-cara memadam api yang betul.


Program Makanan Sihat

Februari 29, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Pengelola : Bahagian Hal Ehwal Murid (HEM)
Anjuran : Unit 3K
Matlamat : Murid-murid dapat mengamalkan pemakanan yang berkualiti dan bernutrisi yang diperlukan tubuh badan untuk sihat.

PROGRAM : MAKANAN SIHAT 
TARIKH : 28 FEBRUARI 2020 (JUMAAT )
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 7.30 AM - 9.00 AM
PENYERTAAN : MURID-MURID SKJS(1) TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

Ceramah pemakanan sihat disampaikan oleh Sir Raj.


Enrolmen Murid 2020

Enrolmen Murid 2020

Februari 10, 2020 Add Comment

Data enrolmen murid SKJS(1) sehingga 5 Februari 2020 adalah seperti berikut :


Tahun 1 - 24 orang murid

Tahun 2 - 26 orang murid

Tahun 3 - 31 orang murid 

Tahun 4 - 27 orang murid

Tahun 5 - 19 orang murid

Tahun 6 - 23 orang murid


Jumlah semua = 150 orang murid*




data mungkin berubah dari masa ke semasa kerana pertukaran keluar dan masuk pelajar

Enrolmen Murid 2019

Enrolmen Murid 2019

Mac 04, 2019 Add Comment



Data enrolmen murid SKJS(1) sehingga 2 Mac 2019 adalah seperti berikut :


Tahun 1 - 26 orang murid

Tahun 2 - 31 orang murid

Tahun 3 - 27 orang murid 

Tahun 4 - 19 orang murid

Tahun 5 - 24 orang murid

Tahun 6 - 19 orang murid


Jumlah semua = 146 orang murid*




data mungkin berubah dari masa ke semasa kerana pertukaran keluar dan masuk pelajar


Disediakan oleh : Hanim Hashim

Pendaftaran Tahun 1 Secara Online

Januari 22, 2019 Add Comment

Permohonan dan pendaftaran murid Tahun 1 bagi pengambilan 2020 dan 2021 secara online melalui sistem aplikasi Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya untuk seluruh negeri Semenanjung Malaysia sahaja manakala bagi Negeri Sabah , Sarawak dan W.P Labuan adalah secara manual melalui sekolah


Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT)



Info Tahun Kelahiran / Sesi Persekolahan
Kemasukan Tahun 2020/2021
Kemasukan Tahun 2020/2021
Tarikh Mula Pendaftaran
1 MAC 2019
Tarikh Tutup Pendaftaran
30 APRIL 2019





Mereka yang perlu mendaftar adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2013, 2014, dan hari pertama 2014.
  • Tarikh Lahir 2 JAN 2013 – 1 JAN 2014: Tahun Persekolahan 2020
  • Tarikh Lahir 2 JAN 2014 – 1 JAN 2015: Tahun Persekolahan 2021

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE

1. Isi Borang Online
Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah pautannya: https://public.moe.gov.my
2. Cetak Borang
Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.
3. Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan
Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.
Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:
1) Cetakan borang permohonan online
2) Sijil lahir / anak angkat
3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)
4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
5) Surat nikah / surat cerai
6) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)
4. Semak Status Permohonan Tahun Satu
Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu  biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.
Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

TERKINI : Perhatian kepada pemohon kemasukan tahun satu ke sekolah di WP Putrajaya : Semakan permohonan ke tahun satu kemasukan 2020 DITANGGUHKAN. Tarikh semakan keputusan baru adalah pada 1 Oktober 2019. Harap maklum.

Tindakan Ibubapa / Penjaga

Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara online dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.

Rujuk Manual Pedaftaran Tahun 1 Secara Online untuk maklumat lanjut. 



sumber info : mysumber & JPN SEL


Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim

Taklimat Keselamatan dan Displin Murid

Januari 20, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu taklimat mengenai keselamatan dan displin murid telah diadakan pada pertengahan bulan Januari. Taklimat ini disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Cikgu Azidi dan Guru Displin, Cikgu Jothi kepada semua murid Tahap 1 & Tahap 2.

PROGRAM : TAKLIMAT KESELAMATAN DAN DISPLIN MURID
TARIKH : 18 JANUARI 2019 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
ANJURAN : UNIT HEM



Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2019

Januari 15, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat Tahun Baru 2019 dan selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SKJS (1). Program sekolah yang pertama bagi sesi 2019 dimulakan dengan Program Orientasi bagi pelajar baru Tahun 1 yang telah mendaftar di sekolah ini pada tahun lepas.

Satu majlis suaikenal telah diadakan pada penghujung bulan Disember lepas dan pelajar-pelajar Tahun 1 serta ibubapa telah diberi taklimat ringkas.

PROGRAM : ORIENTASI TAHUN 1
TARIKH : 28 DISEMBER 2018 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKSJ(1)
BILANGAN PELAJAR TAHUN 1 : 25 ORANG


Program Mentor Mentee Tahun 6 | KLINIK MATEMATIK

Julai 19, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Dimaklumkan bahawa mulai 18hb Julai 2018, Program Mentor Mentee akan berlangsung pada setiap hari Rabu bermula jam 2pm hingga 4 pm

PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 6
TARIKH : SETIAP RABU
MASA : 2PM HINGGA 4PM
KUMPULAN SASARAN : MURID-MURID TAHUN 6
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING



Program Makanan Sihat

Julai 16, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Pengelola : Bahagian Hal Ehwal Murid (HEM)
Anjuran : Unit 3K
Matlamat : Murid-murid dapat mengamalkan pemakanan yang berkualiti dan bernutrisi yang diperlukan tubuh badan untuk sihat.

PROGRAM : MAKANAN SIHAT 
TARIKH : 13HB JULAI 2018 (JUMAAT )
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 7.30 AM - 9.00 AM
PENYERTAAN : MURID-MURID SKJS(1) TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6


Objektif Program 
  • Mengetahui jenis-jenis makanan sihat
  • Menggalakkan murid-murid tentang pemakanan sihat
  • Mendedahkan murid-murid kepada amalan mengambil sarapan pagi yang sihat

Aktiviti 
  1. Pelancaran Program Makanan Sihat
  2. Ceramah makanan sihat
  3. Soalan kuiz untuk murid-murid
  4. Murid-murid diberi makanan sarapan pagi di kantin


Lawatan Dari Klinik Pergigian Taman Medan

Julai 11, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

PROGRAM : PENJAGAAN GIGI YANG BETUL
TARIKH : 10HB JULAI 2018 (SELASA)
TEMPAT : KANTIN SEKOLAH SKJS(1)
PESERTA : MURID SJKS(1) & MURID SK(2)JALAN SELANGOR
PENGANJUR : KLINIK PERGIGIAN TAMAN MEDAN, PJ


Penyelia kesihatan gigi dari Klinik Pergigian Taman Medan, PJ telah membuat lawatan ke sekolah baru-baru ini bagi mendidik para pelajar tentang kepentingan menjaga gigi dengan baik. Selain taklimat ringkas tentang penjagaan gigi, mereka juga ditunjukkan cara memberus gigi dengan betul dibantu oleh jururawat pergigian.

Kemudian, murid-murid turut memberus gigi secara beramai-ramai.



Program Tanganku Bersih

Mei 21, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pengenalan

Kebersihan diri merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Sikap menjaga kebersihan ini perlu dipupuk dari kecil lagi. Kebersihan tangan khususnya sangat penting. Kebersihan tangan perlu dijaga untuk mengelakkan dari pelbagai jenis penyakit. Maka, pendedahan tentang kebersihan tangan haruslah ditekankan dalam kalangan murid.

PROGRAM : TANGANKU BERSIH
TARIKH : 17HB MEI 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)
ANJURAN : UNIT 3K (UNIT KESIHATAN)
PESERTA : SEMUA MURID SKJS(1)

Rasional

Kebersihan tangan menjamin kesihatan yang sejahtera dalam kalangan murid. Menanam sikap menjaga kebersihan sangat penting dan perlu disemaikan dalam kalangan murid supaya sentiasa mengamalkannya tidak kira di sekolah atau di rumah dan di mana-mana sahaja.


Objektif Program
  • Murid dapat menjaga kebersihan tangan selepas menggunakan tandas, mencuci tangan sebelum dan selepas makan
  • Mencuci tangan dengan cara yang betul
  • Memupuk nilai murni dalam kalangan murid iaitu kebersihan diri.



Majlis Penyerahan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100

Februari 07, 2018 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, bantuan awal persekolahan RM100 bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah akan diteruskan pada tahun ini. Pada 30 Januari yang lepas, majlis penyerahan wang bantuan RM100 telah berlangsung di pejabat sekolah.

Para pelajar yang menerima wang bantuan RM100 terdiri dari pelajar-pelajar Tahun 2 sehingga Tahun 6 yang layak. Terima kasih diucapkan kepada unit HEM dan guru-guru yang menjayakan majlis penyerahan bantuan ini.

PROGRAM : PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN
TARIKH : 30 JANUARI 2018 (SELASA)
MASA : 9.00PAGI - 12.00TGHARI
TEMPAT : PEJABAT SEKOLAH