Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) UNTUK SEMUA MURID

Disember 23, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru-baru ini, dalam pembentangan Bajet Mini 2023, kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibubapa. Justeru, dibawah disertakan soalan lazim berkaitan dengan BAP sebagai makluman kepada semua ibubapa.





Penangguhan Pembukaan Sekolah Sesi 2023/2024

Disember 10, 2022 Add Comment

 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penangguhan pembukan sekolah untuk sesi 2023/2024 sebagai makluman kepada ibubapa dan murid-murid.





Sehubungan itu, tarikh pembukaan sekolah sesi 2023/2024 akan bermula pada :


Kump A akan mula bersekolah: 19 Mac 2023
(Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)

Kump B akan mula bersekolah: 20 Mac 2023
(Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (KL, PUTRAJAYA & LABUAN)













Makluman Waktu Persekolahan SK Jalan Selangor (1) 2022

Mac 17, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dibawah adalah makluman mengenai waktu persekolahan pembukaan bagi SK Jalan Selangor (1)  bagi sesi 2022 untuk makluman semua ibubapa. Diharap ibubapa dapat mengingatkan anak-anak untuk patuhi SOP dan membawa buku mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.




PENGOPERASIAN SEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

Mac 05, 2022 Add Comment

 

TARIKH: 5 MAC 2022
🔹
Sekolah akan dibuka di seluruh negara mulai 21 Mac 2022




MURID SEKOLAH RENDAH
🔹
Murid sekolah rendah yang jumlah murid lebih 600 orang akan bergilir untuk murid Tahun 3, 4 dan 5. Murid lain hadir ke sekolah secara bersemuka
🔹
Murid sekolah rendah yang kurang 600 orang murid hadir ke sekolah secara bersemuka
🔹
10% murid sekolah rendah perlu jalani ujian saringan kendiri di rumah





MURID SEKOLAH MENENGAH
🔹
Semua murid sekolah menengah akan PdPR kecuali sekolah berasrama penuh bermula 21 Mac hingga 3 April 2022
🔹
Bermula 4 April 2022, semua murid sekolah menengah akan hadir ke sekolah secara bersemuka



MURID SEKOLAH BERASRAMA PENUH
🔹
Sekolah Berasrama Penuh akan masuk ke asrama tanpa penggiliran bermula 4 April 2022 untuk murid Tingkatan 2,3,4 ,5 ,6, Pra Universiti, IBDP, Peperiksaan Antarabangsa Setara.
🔹
Murid Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh boleh memilih untuk PdPR ataupun menumpang di sekolah harian yang berdekatan rumah



KOLEJ VOKASIONAL
🔹
Sesi persekolahan akan berlangsung tanpa penggiliran



KOLEJ MATRIKULASI/ INSTITUT PENDIDIKAN GURU
🔹
Semua murid akan hadir tanpa penggiliran





Sumber : Dr. Radzi Jidin

Makluman Waktu Persekolahan Fasa 4

November 08, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sebagai makluman ibubapa/penjaga, pengoperasian sekolah akan bermula bagi negeri-negeri Fasa 4 termasuk Selangor. Oleh itu, pihak sekolah telah mengeluarkan surat makluman waktu persekolahan sebagai rujukan buat ibubapa/penjaga dan murid-murid.





Notis Panggilan Mesyuarat PIBG SKJS(1)

Oktober 02, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Makluman kepada semua ibubapa/penjaga SKJS(1), satu mesyuarat agung PIBG bagi tahun 2021 akan diadakan secara maya di Google Meet. Oleh itu, mohon ibubapa/penjaga dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini bagi membincangkan agenda-agenda yang berkaitan dengan murid dan sekolah.






MAKLUMAN MENGENAI SESI PERSEKOLAHAN

Julai 19, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dimaklumkan bahawa sesi PdPR akan bersambung sehingga 31 Ogos 2021 dan sesi PdP akan bermula pada 1 September tertakluk kepada situasi semasa dan pengumuman oleh KPM. Dibawah dilampirkan bersama kenyataan media KPM untuk makluman semua.





Makluman PDPR, Cuti Raya Aidiladha & Cuti Pertengahan Penggal Sekolah

Jun 11, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berikut disiarkan surat makluman berkenaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR), cuti raya Aidiladha dan cuti pertengahan penggal sekolah untuk rujukan ibubapa dan murid-murid SKJS(1).


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) 
14 JUN – 16 JULAI (25 HARI)
 
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL SEKOLAH 
17 JULAI – 25 JULAI 

CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA 
20 JULAI – 21 JULAI 

SESI PERSEKOLAHAN BERSEMUKA** 
26 JULAI







Penutupan Sekolah Sempena PKPB Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR)

November 17, 2020 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti yang telah diumumkan KPM baru-baru ini, maka penutupan sesi persekolahan 2020 akibat pandemik Covid-19 adalah seperti berikut :


Penutupan sesi persekolahan 2020 :

9hb November (Isnin) sehingga 19hb Januari 2021 (Selasa)


Pembukaan sesi persekolahan 2021 akan dibuka semula :

20hb Januari 2021 (Rabu)


Walaupun sesi persekolahan ditutup, pelaksanaan pembelajaran di rumah (PdPR) tetap dilaksanakan sehingga 18 Disember 2020. Untuk itu, pemberian tugasan secara online masih tertakluk mengikut jadual PdPR dalam group WhatsApp masing-masing.


Selain itu, ibubapa boleh merujuk jadual di bawah untuk mengambil tugasan yang telah disediakan oleh guru mata pelajaran :


Infografik Pengoperasian Sekolah Dan Penggal Persekolahan 2021

November 08, 2020 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berikutan pengumuman oleh Menteri Kanan Pendidikan Dr. Radzi Jidin semalam,  dibawah dilampirkan infografik secara ringkas mengenai penutupan operasi semua sekolah seluruh negara bermula 9hb November sehingga 17hb Disember 2020.


Tarikh penggal persekolahan bagi sesi 2021 akan bermula secara berperingkat mengikut aturan yang telah ditetapkan.


Penutupan Sekolah Di Kawasan Zon Merah Daerah Petaling

Oktober 11, 2020 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat di negeri Selangor khususnya di kawasan daerah Petaling, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan satu kenyataan media seperti di bawah sebagai makluman kepada semua warga sekolah dan ibubapa.


Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah SK Jalan Selangor (Satu)

Julai 15, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Setelah empat bulan murid-murid dicutikan akibat pandemik Covid-19, hari ini tanggal 15hb Julai 2020 sekolah telah pun dibuka semula dan murid-murid telah kembali ke sekolah dengan normal baharu.

Namun, murid-murid Tahun 5 & 6 sahaja yang mula bersekolah hari ini manakala murid-murid Tahun 1 hingga 4 akan memulakan sesi persekolahan baru pada 22hb Julai 2020. Di bawah merupakan garis panduan pembukaan semula sekolah SK JALAN SELANGOR (SATU) untuk rujukan dan panduan murid-murid.


Slot Program TV Pendidikan

April 04, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Berhubung dengan keadaan semasa situasi wabak CoVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlangsung di seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai slot program tv pendidikan sebagai bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain pembelajaran secara dalam talian (online-learning).

Slot tersebut akan mula bersiaran pada 6 April 2020 di saluran TV OKEY saluran 110 di MyFreeview TV dan saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI.

Bagi murid yang mempunyai akses internet, siaran program ini boleh ditonton di www.myklik.rtm.gov.my secara web streaming.

Kajian Soal Selidik Kesediaan Murid Dalam Pembelajaran Atas Talian (Online Learning) 2020

Mac 29, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mendapatkan maklum balas ketersediaan setiap keluarga di Malaysia bagi perlaksaan pembelajaran secara dalam talian (online learning).

Pautan kajian telah dibuka dan akan berakhir pada 12.01 pagi 3 April 2020.

Kajian secara soal selidik ini boleh diperoleh melalui pautan berikut:

Dapatan ini akan mengambil kira ketersediaan gajet, telefon pintar, komputer serta kebolehcapaian Internet.




Penutupan Sekolah Kerana Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

Mac 17, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat kenyataan media rasmi berhubung perkembangan semasa wabak Covid-19 yang sedang melanda negara. 

Sehubungan itu, semua sekolah harian akan ditutup bermula 18 MAC SEHINGGA 31 MAC 2020.

UPDATE 25HB MAC 2020 : LANJUTAN TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) AKAN DISAMBUNG SEHINGGA 14HB APRIL 2020. OLEH ITU, SEKOLAH AKAN DITUTUP. HARAP MAKLUM.