Memaparkan catatan dengan label Pengawas Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengawas Sekolah. Papar semua catatan

Kem Kepimpinan Pemimpin Muda 2020

Mac 16, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu lepas telah berlangsungnya satu program kem kepimpinan pengawas di sekolah. Kesemua pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber telah diwajibkan untuk menghadiri kem kepimpinan pemimpin muda ini.

PROGRAM : KEM KEPIMPINAN 2020
TARIKH : 13HB MAC 2020 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)


Aturcara Program 

7.30am : Pendaftaran
              Bacaan doa
              Nyanyian lagu Negaraku

7.45am : Ucapan Perasmian

8.00am : Ikrar Pemimpin Muda

8.15am : Kudapan

8.30am :  1) Pengendalian
  • Perhimpunan mingguan
  • Tugas-tugas Pengawas Sekolah/ Ketua Kelas & Pen. Ketua Kelas
  • Prosedur peminjaman buku & tugas-tugas Pengawas PSS
                2) Senamrobik

10.05am : Rehat

10.30am : Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

12.00tghari : Bersurai


Makluman Kem Kepimpinan 2020

Mac 11, 2020 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dimaklumkan bahawa Jumaat ini akan diadakan Program Kem Kepimpinan yang melibatkan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Satu surat makluman telah dikeluarkan dan diedarkan kepada murid untuk diberikan kepada ibubapa yang terlibat.

Surat lampiran adalah seperti dibawah.



Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber 2020

Februari 26, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

ACARA : MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS & PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2020
TARIKH : 24 FEBRUARI 2020
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD 

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi sesi 2020. Majlis turut menyaksikan penyerahan sijil pelantikan yang disampaikan oleh Penolong Kanan 1, Puan Junaidah.

Selepas penyerahan sijil, semua murid membacakan ikrar pelantikan bersama-sama.

Kem Kepimpinan Pemimpin Muda (Pengawas)

April 27, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Semalam telah berlangsungnya satu program kem kepimpinan pengawas di sekolah. Kesemua pengawas sekolah telah diwajibkan untuk menghadiri kem kepimpinan pemimpin muda ini.

PROGRAM : KEM KEPIMPINAN
TARIKH : 26HB APRIL 2019 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)



Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber 2019

Februari 01, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

ACARA : MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS & PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2019
TARIKH : 28 JANUARI 2019
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD SKJS(1)

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi sesi 2019. Majlis turut menyaksikan penyerahan sijil pelantikan yang disampaikan oleh Guru Besar SKJS(1).

Selepas penyerahan sijil, semua murid membacakan ikrar pelantikan bersama-sama.


Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber & Ketua Kelas 2018

Januari 25, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

ACARA : MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER & KETUA KELAS SESI 2018
TARIKH : 22 JANUARI 2018
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)


Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah terpilih untuk menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi sesi 2018. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah buat murid-murid yang dipilih menjadi Ketua Kelas. Semoga yang terpilih dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah serta menjadi pelajar contoh kepada murid-murid lain di sekolah.

Majlis turut menyaksikan penyerahan sijil pelantikan yang telah disampaikan oleh Guru Besar SK Kebangsaan Jalan Selangor (Satu).

Selepas penyerahan sijil, semua murid membacakan ikrar pelantikan bersama-sama.



Pakaian Seragam Pengawas SKJS(1) Baru Untuk Sesi 2018

Januari 01, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Pada mesyuarat PIBG yang lepas, guru-guru dan AJK PIBG telah menetapkan pemakaian pakaian seragam sekolah baru akan bermula pada sesi persekolahan yang bermula pada 2.1.2018. Oleh itu, AJK yang terlibat iaitu Puan Diza bersama Cikgu Sivajothi bertanggungjawab mengumpulkan nama-nama pengawas yang telah dilantik bagi mendapatkan saiz baju kemeja, vest, kain, tudung dan tali leher sebelum diberikan kepada Miracle Caliph, tukang jahit yang ditugaskan untuk menyiapkan pakaian seragam pengawas.

Pengagihan pakaian seragam pengawas telah bermula sekitar bulan Disember dan Puan Diza kepada ibubapa/penjaga. Alhamdulillah misi agihan baju pengawas baru berjaya dilaksanakan dan sedia untuk dipakai oleh ahli-ahli lembaga pengawas sekolah kita untuk sesi sekolah 2018.