Memaparkan catatan dengan label Program Sekolah 2017. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Sekolah 2017. Papar semua catatan

Hari Orientasi Murid Tahun 1 2018

Januari 01, 2018 Add Comment


Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2018

PROGRAM : ORIENTASI TAHUN 1 2018
TARIKH : 30 DISEMBER 2017
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS (1)

Sesi persekolahan baru 2018 akan bermula selang beberapa lagi, Program Orientasi Tahun 1 2018 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (Satu) bagi meraikan kehadiran murid-murid Tahun 1.

Ibubapa murid Tahun 1 turut diberikan taklimat tentang sekolah dan anak-anak murid dibawa melihat fasiliti dan kemudahan yang terdapat di sini.




Majlis Anugerah Cemerlang 2017 SK Jalan Selangor 1

November 18, 2017 Add Comment


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada warga sekolah Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor  (1) terutama kepada para pelajar yang menerima anugerah cemerlang pada hari tersebut. Tak lupa juga kepada guru-guru yang banyak menyumbang kepada kecemerlangan pelajar di sekolah.

Turut memeriahkan majlis anugerah cemerlang pada hari tersebut ialah para ibubapa pelajar dan AJK PIBG sekolah. 

TARIKH : 16 NOVEMBER 2017 
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SK JALAN SELANGOR (1)
MASA : 9.00 PAGI - 12 TENGAHARI



Sambutan Hari Kanak-kanak 2017

November 07, 2017 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari Kanak-kanak Sedunia disambut pada 20 November setiap tahun, namun sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah tahun ini disambut lebih awal.

ACARA : SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 9.00pagi - 12tengahari
JEMPUTAN : GURU-GURU, MURID-MURID & IBUBAPA

Pelbagai aktiviti telah disusun oleh guru-guru yang terlibat bagi memeriahkan acara sambutan tersebut. Setiap murid perlu memakai baju mengikut tema yang diberikan untuk setiap kelas. Kemeriahan sambutan diserikan lagi dengan persembahan dari murid-murid darjah satu hingga darjah enam, disusuli dengan persembahan magic oleh Mr. Clown yang telah dijemput oleh pihak sekolah.

Selain persembahan tarian, terdapat juga beberapa acara pertandingan untuk murid-murid yang mengambil bahagian. Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada murid yang menang.




Program Mesra Waris & Motivasi Untuk Pelajar UPSR 2017

Julai 26, 2017 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

PROGRAM : MESRA WARIS & MOTIVASI IBUBAPA UPSR
TARIKH : 20 JULAI 2017
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS (1)

Peperiksaan UPSR semakin menghampiri, program Mesra Waris & Motivasi Ibubapa untuk pelajar-pelajar Tahun 6 telah diadakan di dalam dewan sekolah. Program yang dijayakan oleh guru-guru ini bertujuan untuk mengajak ibubapa pelajar untuk memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada anak-anak yang bakal menduduki UPSR tahun ini.


Majlis Sambutan Hari Raya

Julai 19, 2017 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

ACARA : MAJLIS JAMUAN HARI RAYA
TARIKH : 14 JULAI 2017
TEMPAT : BADMINTON COURT SKJS (1)
MAKANAN : POTLUCK OLEH MURID-MURID DAN GURU-GURU

Majlis jamuan raya diraikan dalam suasana penuh meriah oleh semua murid SKJS (1) dan guru-guru. Setiap murid membawa pelbagai jenis makanan dan kuih-muih untuk disajikan kepada rakan-rakan mengikut kelas masing-masing.

Kemeriahan raya tahun ini turut diserikan lagi dengan pakaian indah dan berwarna warni yang dipakai oleh semua murid dan guru. Turut dipertandingkan ialah pertandingan pakaian tercantik dan 6 orang murid telah dipilih sebagai pemenang.

Selain itu, majlis sambutan raya turut diserikan lagi dengan persembahan tarian lagu raya oleh murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.



4 Mawar

Sambutan Hari Guru 2017

Mei 19, 2017 Add Comment


Assalamualaikum selamat sejahtera 

Satu hari yang istimewa buat warga pendidik seluruh negara kerana pada tarikh 16 Mei setiap tahun, guru-guru kita akan diraikan atas pengorbanan dan penat lelah mereka dalam mendidik anak-anak kita untuk cemerlang di sekolah.

Tema Hari Guru untuk tahun ini ialah "Guru Pembina Bangsa Negara". Tugas guru sememangnya semakin mencabar di zaman ini, dimana guru-guru kita perlu mempunyai kreativiti dan inovasi untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi lebih berkesan.

Sambutan Hari Guru di sekolah pada tahun ini turut diserikan lagi dengan pemberian hadiah dan kad ucapan dari murid-murid untuk guru-guru yang amat dikasihi. Bagi memeriahkan sambutan Hari Guru, semua guru telah memakai pakaian seragam sekolah seperti murid-murid lain.



Sambutan Maulidur Rasul 2017

Januari 19, 2017 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

ACARA : PERARAKAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 2017
TARIKH : 15 JANUARI 2017
TEMPAT : DEWAN MASJID JAMEK SULTAN ABDUL AZIZ, KAWASAN MELAYU, P.J
PERINGKAT : DAERAH PETALING

Sebanyak 8 buah sekolah turut mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul tahun ini. Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (Satu) telah menghantar 27 orang murid dan 5 orang guru pengiring.

Tempat berkumpul peserta perarakan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya pada pukul 8.00 pagi sebelum semua peserta mula berarak mengikut sekolah masing-masing sejauh lebih kurang 1km sebelum sampai di Dewan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya.

SKJS (1) turut terpilih sebagai pemenang tempat ke-3 perarakan terbaik dan membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM500. Tahniah diucapkan kepada murid-murid dan guru-guru yang terlibat.



Persiapan Menjelang Hari Pelancaran Bilik FROG VLE

Januari 17, 2017 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Menjelang Hari Pelancaran Bilik FROG VLE yang akan berlangsung pada 19 Januari 2017, guru-guru dan murid-murid SKJS (1) telah bekerja keras menyiapkan tugasan seminggu sebelumnya bagi memastikan kelancaran majlis pada hari bersejarah buat sekolah itu.

Kerjasama ini turut disertai oleh wakil dari YTL Foundation yang juga merupakan penyumbang terbesar kepada kemudahan chromebook serta jaringan internet untuk kemudahan guru-guru dan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran FROG VLE di sekolah.